15 December 2024

ZAHNITA JALANI UJIAN AIR K£NCING BUKAN KERANA PERMOHONAN POLIS PENGIRING TAPI ADA LAPORAN BERKAITAN DAD4H



"Perkara ini perlu diperjelaskan. Ujian urin dibuat bukan disebabkan dia minta bantuan polis untuk mengiring bagi melaksanakan perintah interim hak penjagaan anak, sebaliknya ada laporan dibuat terhadapnya (Zahnita Wilson) berkait dadah pada hari yang sama. Polis perlu melakukan ujian air kencing ke atasnya bagi mengesahkan aduan tersebut."
Itulah jelas Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu yang berkata, Zahnita Wilson menjalani ujian air kencing berikutan ada laporan berkaitan dadah membabitkan bekas model itu dan bukannya untuk mendapatkan khidmat pengiring polis seperti yang didakwa.

Tambahnya lagi, membuat ujian air k£ncing dan mendapatkan perkhidmatan polis pengiring merupakan dua perkara yang berbeza, selain turut memberitahu, pihak polis memberi bantuan pengiring bagi tujuan keselamatan dan mengelak berlaku pergaduhan.

Sebelum ini, Zahnita mendedahkan dia diminta melakukan ujian saringan air kencing oleh pihak berkuasa bagi membuat permohonan mendapatkan khidmat polis pengiring untuk menjemput dua anaknya di rumah suami.

Ujar Zahnita, dia tidak tahu punca dia diminta melakukan ujian berkenaan namun bersetuju untuk melakukan prosedur tersebut dan keputusannya adalah negatif.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: