Takziah diucapkan kepada vokalis kumpulan Dayana, Ahmad Ramli Yaakop, 61, atas pemergian ibu mentuanya, Saayah Awang pada awal pagi semalam.
Berita duk@ itu dimaklumkan oleh Ahmad Ramli atau lebih sinonim dengan panggilan Ramlie Dayana menerusi media sosialnya.
"Pagi ini kami sekeluarga dik£jutkan dengan pemergian ibu mertua saya, Saayah Awang. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman," tulisnya.
Ramlie ketika dihubungi memaklumkan, Allahyarham ibu mertuanya itu sudah lebih setahun terkena s£rangan angin ahmar.
"Arwah yang berumur 76 tahun tinggal bersama adik ipar di Denai Alam dan menghembuskan nafas terakhir di situ.
"Jenazahnya dibawa balik ke Teluk Intan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Simpang Empat, Chenderong Balai pada hari ini (semalam)," katanya.
Terdahulu, Ramlie yang juga menetap di Teluk Intan, hadir ditemani isteri, Fadzilah Rosman, 57, bagi menerima sumbangan daripada Yayasan Kebajikan Artis Veteran (YKAT) kelmarin.
Program yang diadakan sempena sambutan perayaan Kr1smas serta Tahun Baru Cina ini berlangsung di Maraz Hall Brickfields dan turut dihadiri oleh 14 artis veteran lain.
Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi YKAT, Datuk DJ Dave dan turut disertai oleh Pemegang Amanah iaitu Datuk Nash, Datuk Nancie Foo dan Dr. S. Kanagarajan.
Bagi meneruskan kehidupan, Ramlie yang kurang ditawarkan undangan persembahan, kini aktif dalam TikT0k untuk menjana pendapatan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment