Baru-baru ini, anak kepada penyanyi Datuk Zainalabidin iaitu Timur Gabriel menerusi satu p0dcast telah membuat pendedahan mengenai hubungannya dengan bapa dimana katanya, tiada sebarang usaha dilakukan untuk berdamai dan kembali berhubung sebagai seorang bapa.
Tutur wanita berusia 30 tahun itu lagi, bapanya juga tidak pernah bertanya khabar serta mendakwa tidak mahu ambil tahu mengenai dirinya.
"Kami berdua simpan nombor masing-masing, tetapi dia (Zainal) tidak berminat untuk bertanya khabar saya. Dia memang tidak menghubungi saya untuk mengucapkan selamat hari lahir atau selamat hari raya.
"Kalau kami berhubung dulu, dia cuma bertanya 'awak sembahyang tak?' Dia tidak pernah memberikan perhatian kepada saya," kata Timur yang turut memberitahu, kali terakhir mereka berhubung dan bapanya memberikan ucapan hari raya atau hari lahir ketika dia berusia sembilan tahun.
Untuk makluman, Timur adalah anak hasil perkahwinan Zainal dengan bekas isterinya, Natasha Gabriel. Selain Timur, mereka turut memiliki seorang anak lelaki, Mikhail.
Bagaimanapun, dua anak Zainal difahamkan di bawah penjagaan bekas isterinya selepas pasangan itu bercerai pada Disember 2000.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment