15 January 2025

ARTIS WANITA POPULAR DAH RUJUK SEMULA DENGAN BEKAS SUAMI?



Semua sedia maklum, tahun 2024 merupakan tahun yang paling banyak rumah tangga selebriti Malaysia runtuh serta berakhir dengan perceraian, sekaligus mengejutkan ramai peminat.
Pasangan yang bercerai tahun lalu nampaknya kini dilihat sudah pun 'move on' dengan kehidupan baru.

Terbaru, ada pasangan yang dikhabarkan telah rujuk semula dimana artis wanita popular itu difahamkan rujuk dalam tempoh idah, namun belum mendedahkan kepada umum mengenai berita tersebut.

Malah, ada yang terjumpa pasangan ini menghadiri majlis bersama, sekali gus menguatkan lagi spekulasi bahawa mereka kini telah kembali bersama.

Wajah artis tersebut juga dikatakan kelihatan ceria dan berseri-seri selain tampak bahagia persis orang sedang hangat bercinta.

Ini bukan kali pertama artis di Malaysia rujuk dalam tempoh idah kerana sebelum ini ada juga selebriti popular yang mengambil keputusan sama.

Jika benar perkhabaran tersebut, semoga rumah tangga selebriti itu kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: