"Alhamdulillah sangat seronok menuntut ilmu di sini, banyak belajar perkara baru tentang ilmu perniagaan dan pemasaran. Malah sejak sambung belajar saya rasa lebih segar dan muda! Saya ambil jurusan pengurusan dan perniagaan, untuk master setahun dan selepas ini akan sambung buat PhD pula,"
Demikian jelas usahawan sens@si itu, Datuk Seri Vida dimana dia kini sedang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Pengurusan dan Perniagaan di London Examination Board.
Dalam pada itu, Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 54, turut menyangkal dakwaan dia hanya mahu bercuti di luar negara selepas sering dilihat menghabiskan masa di Eropah, sebaliknya katanya, pelajaran adalah nombor satu buatnya ketika ini.
Tambah Vida lagi, hatinya juga berasa tenang apabila berada di London kerana dapat bertemu dengan anak perempuannya iaitu Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau Cik B yang melanjutkan pengajian diploma di sebuah universiti di Barcelona, Sepanyol pada Oktober dimana dia mengambil tiga jurusan berbeza.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Vida berkata jika dia ke luar negara semua urusan perniagaan di Malaysia akan dipikul anak lelakinya iaitu Eric Zaquan Muhammad Amin atau mesra disapa Kacak.
"Ya, bila sibuk belajar di luar negara yang akan pikul tanggungjawab jaga perniagaan saya di Malaysia ialah Kacak," ujar ibu kepada dua cahaya mata itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment