Semua sedia maklum mengenai penyanyi Kaka Azraff dan bekas suaminya, Adam Azriff yang bercerai pada Oktober tahun lalu, namun terkini mereka didakwa sudah kembali rujuk sebagai suami isteri dalam tempoh idah.
Lebih menguatkan lagi dakwaan tersebut, Adam dilihat ada memuat naik gambar dia bersama Kaka ketika menghadiri sebuah acara fesyen menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu juga, Adam turut meluahkan rasa cinta serta bersyukur dengan aturan Allah mengenai jodoh mereka.
"Bila mereka kata semuanya sudah tertulis, aku berdoa kepada Allah agar namamu tertulis di sebelah namaku. I love you a trillion, Kaka Azraff," tulis Adam pada perkongsian itu dimana ia mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Klik untuk gambar besar
Semalam, media melaporkan seorang artis wanita terkenal didakwa telah kembali rujuk bersama bekas suaminya dalam tempoh idah.
Terdahulu, Kaka dan Adam sah bercerai talak satu dan pengesahan lafaz cerai itu difahamkan dilakukan secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pada 28 Oktober lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment