29 January 2025

DIDAKWA HAMIL SEBELUM BERNIKAH - SYASYA (BEKAS DOLLA) TAMPIL NAFI : "BAGUS MEMFITN4H, JUMPA DI PADANG MAHSYAR"



"Syasya hamil ketika dia meninggalkan Dolla dan terpaksa berkahwin dengan bapa bayinya."

Itulah tuduhan dil£mparkan seorang individu media sosial dimana dia mendakwa bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya hamil selepas meninggalkan kumpulan itu, sekali gus terpaksa mendirikan rumah tangga dengan Nasrullah Mohd Sapie pada April tahun lalu.

Berhubung komen tersebut, Syasya atau nama sebenarnya, Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, tampil mempertahan diri dengan menafikan tuduhan hamil sebelum bernikah yang dil£mparkan individu itu.

Klik untuk gambar besar

Syasya bagaimanapun memilih untuk tidak memberi penjelasan lanjut, sebaliknya menyerahkan segala tuduhan itu kepada ketentuan Tuhan.

"Bagus memfitn@h, jumpa di Padang Mahsyar," tulis Syasya menerusi aplikasi X.



Sebelum ini, peminat dik£jutkan dengan keputusan Syasya meninggalkan kumpulan Dolla atas sebab peribadi pada April tahun lalu.

Tidak lama selepas itu, Syasya mengumumkan yang dia telahpun sah bergelar isteri kepada Nasrullah dan kemudiannya mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 23 Disember tahun lalu, yang diberi nama Muhammad Yassir Hayyan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: