15 January 2025

DIKURNIAKAN ANUGERAH KEBESARAN - WARIS & SUKI LOW RAKAM PENGHARGAAN



Sempena hari keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang ke-77, dua penyanyi kelahiran Negeri Sembilan iaitu Waris atau nama sebenarnya, Muzzammil Alias, 36, dan Suki Low, 35, telah dikurniakan anugerah kebesaran

Berita gembira ini dikongsikan kedua-dua selebriti itu menerusi Instagram masing-masing.

Dalam hantaran tersebut, Waris yang popular dengan lagu 'Rembau Most Wanted' dan 'Gadis Jolobu' itu mendedikasikan anugerah ini kepada peminatnya.

"Untuk rakyat N9. Terima kasih menginspirasi. Terima kasih isteri, tulang rusuk saya. Dan seluruh keluarga Diraja Negeri Sembilan khususnya Tuanku Mukhriz dan Tunku Zain yang sentiasa menyokong perjalanan muzik saya," tulisnya yang turut melahirkan kesyukuran.

Sementara itu, Suki pula merakamkan penghargaan terhadap Tuanku Munawir atas kurniaan ini.

Klik untuk gambar besar

"Patik menjunjung kasih Tuanku, Tunku Ampuan Besar dan kerabat diraja Negeri Sembilan yang memberi kepercayaan, sokongan dan kurniaan ini kepada patik sempena Hari Keputeraan ke-77 Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

"Kurniaan ini patik terima dengan amanah dan akan dipelihara dengan sebaik-baiknya. Berkatlah Yang Di-Pertuan Besar. Daulat Tuanku," tulis bekas juara program realiti One In A Million musim pertama itu.

Suki dalam masa sama juga mengucapkan terima kasih kepada suaminya, Jeremy Chong yang sentiasa mendukung dan merestui kerjayanya.

Kedua-dua mereka bagaimanapun tidak menyebut atau memaklumkan anugerah kebesaran yang diterima dan gelaran yang diberikan.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan berlangsung di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, semalam bagi sesi pertama manakala sesi kedua pada 20 Januari dan sesi ketiga pada 25 Januari ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: