"Mengikut adat keluarga kami, bila ular masuk ke dalam rumah ini seperti satu bal@. Satu perkara yang tidak elok. Rupa-rupanya jam 8 pagi Selasa, pekerja kebun suami memaklumkan motosikal milik perusahaan kami hilang. Waktu itu saya dan suami mula berfikir tentang insid£n ular masuk rumah semalam mungkin satu petanda tidak baik."
Demikian ujar penyanyi Ayu Damit, 37, dimana dia berdepan kerisauan dan merasa ada petanda tidak baik apabila rumahnya dimasuki ular untuk kali kedua dan rupanya jangkaan itu benar apabila motosikal suaminya di kebun hilang sehari selepas kejadian itu.
Ayu atau nama sebenarnya, Norayu Damit, berkata, apa yang lebih menggusarkan, ular berkenaan tidak dapat dik£san selepas insid£n terbabit dan disebabkan itu, dia dan keluarganya perlu lebih berwaspada.
Tambah penyanyi 'Hanya Di Mercu' itu lagi, dia paling risau memikirkan bayinya yang masih kecil di rumahnya di Cheras kerana ular berkenaan masih gag@l ditangk@p.
"Sekarang ini setiap pergerakan kami di rumah sangat berhati-hati. Nak keluar bilik pandang kiri dan kanan. Nak duduk pun akan pandang sekeliling terlebih dahulu. Disebabkan kami tidak dapat menangk@p ular itu membuatkan kami sekeluarga rasa tidak selamat.
"Paling saya risau sebab ada anak-anak, lebih-lebih lagi bayi yang masih kecil. Saya tak habis fikir sebab tak nampak ular itu ditangk@p depan mata sendiri," katanya yang juga sudah menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk bantu menangk@p ular berkenaan sekiranya berjaya dik£san.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment