Penyanyi dikir barat warga Malaysia yang dikenali dengan lagu 'Bae Soba Bae' hari ini telah didakwa bersama lima individu lain atas pertuduhan memiliki 6,059 pil Yaba dan penggunaan dad@h yang didakwa dilakukan mereka di bandar Sungai Golok, dekat sini pada 1 November lalu.
Selain penyanyi itu, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail atau lebih dikenali Eda Ezrin, 30, lima lagi yang didakwa termasuk suaminya, Mohd Affendi Ahmad, 35, selain Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, Erdeka Mohd Noor, 33 dan Zuhaira Nasrin, 26.
Semua tertuduh masing-masing tidak mengaku bersal@h atas pertuduhan memiliki pil berkenaan, namun mengaku bersal@h bagi pertuduhan menggunakan dad@h di had@pan Hakim Mahkamah Daerah Narathiwat, Yuan Khao Kham.
Keenam-enam mereka yang diwakili tiga peguam termasuk seorang peguam disediakan oleh kerajaan Thailand, didakwa melakukan kesal@han itu di sebuah hotel di bandar Sungai Golok sekitar jam 5 pagi (waktu Thailand) pada 1 November lalu.
Selain itu, Zuhaira dan Erdeka juga didakwa kerana memasuki Thailand tanpa dokumen sah, selain kerana tinggal melebihi tempoh masa dibenarkan.
Bercakap melalui jurubahasa, hakim memerintahkan kesemua tertuduh yang mengaku tidak bersal@h atas pertuduhan pemilikan dad@h itu, mencari bukti dan saksi bagi membuktikan dakwaan mereka.
"K£s ini membabitkan kepentingan awam di Malaysia dan Thailand. Oleh itu, saya ingin memastikan k£s ini diselesaikan secepat mungkin.
"Jika kebiasaannya, mahkamah akan mengambil masa kira-kira enam bulan untuk menyelesaikan kes seperti ini tetapi saya berjanji kepada anda semua bahawa saya akan membuat keputusan pada awal Mac," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment