14 January 2025

"TIADA APA-APA PERANCANGAN ISTIMEWA UNTUK TARIKH (7 FEBRUARI) ITU" - ERRA FAZIRA MOHON DOA YANG BAIK-BAIK



"Alhamdulillah, kalau rasa saya wanita matang di matanya, saya juga berpendapat sama, dia (Ezwan) juga lelaki matang dan mudah dibawa berbual dalam banyak topik.
"Saya bersyukur berkawan dengan lelaki berstatus duda dan agak matang. Sama ada, dia pilihan terbaik dalam membentuk institusi perkahwinan, saya belum mengkaji ke arah itu dengan mendalam.

"Saya kenal Ezwan sudah agak lama kerana pernah ke kafenya ketika penggambaran program bual bicara, Primadona. Namun, kami tak bersembang pun. Kalau tak sil@p saya, kami bertemu semula tiga tahun lalu di konti radio Sinar FM. Dari situ, kami mula berbual sekadar untuk menyantuni.

"Hanya beberapa bulan lalu Ezwan mula rajin menghantar mesej dalam Instagram (IG), sejak itulah, kami semakin rancak berbual. Maka, boleh dikatakan kami mula rapat sejak beberapa bulan lalu. Saya kategorikan Ezwan sebagai kenalan rapat."

Itulah kata pelakon dan penyanyi, Erra Fazira, 51, yang men£gaskan, antara dia dan pengusaha kafe bernama Ezwan Zain atau Mr E, 44, sekadar kenalan rapat dan tiada sebarang hubungan istimewa.

Bukanlah seorang yang gemar berkongsi kisah peribadi dalam media sosial, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, sekali lagi men£gaskan tiada sebarang maksud tersembunyi berhubung ucapan istimewa dilayangkan kerana ia hanyalah sekadar ingatan seorang sahabat.

"Mengucapkan 'happy birthday' adalah perkara biasa. Sebelum ini, sudah ramai yang saya ucap berserta dengan emoji hati. Mungkin dia terlihat sebagai 'potential partner' di mata orang luar menyebabkan kisah kami ini digembar-gemburkan.

"Saya jarang berkongsi apabila tiada keperluan untuk dikongsi. Dalam hati, tujuan saya sekadar ingin membuat k£jutan istimewa buat Ezwan. Hanya ucapan ringkas buat si 'birthday boy', maka saya muat naik.

"Saya tak rasa ia keterlaluan sehingga boleh menjadi bahan bualan. Dengan tumpuan diberikan, saya percaya Ezwan sedikit terk£jut, tetapi dia adalah insan yang tidak asing dalam industri hiburan, jadi dapat menanganinya dengan baik," jelas Primadona Filem Melayu itu.

Terbaru, timbul khabar angin mengatakan Erra dan Ezwan yang juga berstatus duda itu sudah pun bertemu keluarga, dimana ia satu proses awal sebelum penyatuan dua jiwa.

Bukan itu sahaja, difahamkan juga akan ada pengumuman istimewa akan dibuat Erra pada 7 Februari depan yang juga tarikh ulang tahun kelahirannya, namun ibu tunggal anak satu itu hanya tergelak besar seraya menafikan sp£kulasi nakal itu.

"Eh! Mana pula dapat cerita ini? Belum lagi. Sabarlah. Saya sendiri baru dengar cerita ini kononnya ada pengumuman istimewa pada tarikh berkenaan, namun hakikatnya tiada apa akan berlaku.

"Hingga saat ini tiada apa-apa perancangan istimewa untuk tarikh itu. Andai ada berita baik, Insya-Allah pasti akan dikongsikan. Saya hanya mohon doakan yang baik-baik.

"Jodoh, ajal dan maut terletak di tangan Allah. Andai saya tolak dan Allah sudah aturkan inilah jodoh saya, maka berkahwinlah kami. Andai kami mahu, tapi takdir tentukan kami tiada jodoh, maka tidaklah perkara ini akan berlaku.

"Kalau boleh tak perlulah kisah ini dipanjangkan dan terlalu digembar-gemburkan. Tak manis rasanya dan kalau tak jadi, saya yang malu nanti," tutur penyanyi 'Menangkah Cinta' ini yang dalam masa sama turut mengharap pengertian.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: