"Setakat ini kawasan kediaman saya adalah di tahap am@ran peringkat kedua. Tahap krit1kal adalah peringkat ketiga," jelas pelakon Jasmine Suraya Chin, 36, dimana dia memaklumkan, kawasan kediamannya di West Hollywood, Los Angeles, Amerika Syarikat kini berada pada tahap am@ran peringkat kedua dan berjaga-jaga.
Kata Jasmine lagi, perintah berkurung yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan sebelum ini sudah tamat, namun penduduk dinasihatkan untuk bersiap sedia dengan semua barang penting sekiranya terpaksa berpindah.
Dalam pada itu, Jasmine memaklumkan, ketika ini Los Angeles berdepan kris1s di mana ramai yang hilang rumah disebabkan kebak@ran itu ketika ditanya mengenai perancangannya berpindah ke kawasan kediaman lain yang lebih selamat.
"Sekarang ini keadaan angin tidak menentu dan dijangka akan lebih kuat lagi. Ada juga tempat yang kebak@ran masih berlaku. Jadi, t@kutlah keadaan angin itu akan buat api mer£bak. Cuma, nasib baik tempat saya tinggal sekarang okay, tak kena api.
Klik untuk gambar besar
"Saya okay saja setakat ini. Cuma seingat saya, hanya tangan yang terketar-ketar apabila nak 'packing' barang pada masa itu sebab telefon saya berlambak mesej masuk yang suruh cepat pergi dan bunyi notifikasi juga kuat sangat macam 'alarm'.
"Masa dapat notifikasi kena pindah serta-merta, saya pindah ke rumah kawan dulu. Ingatkan nak balik ke rumah sehari selepas itu, tapi tidak dibenarkan. Jadi, saya dengan kawan sanggup memandu jauh lebih tiga jam perjalanan ke tempat tiada kebakaran," tuturnya.
Pada Khamis lalu, Jasmine memuat naik hantaran video di Instagram miliknya yang memaparkan kawasan kebak@ran di Ranyon Canyon yang tidak jauh dari tempat tinggalnya di sana.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment