Selepas mengalami s£rangan angin ahmar dan mas@lah saraf, pelakon veteran drama bersiri 'Opah' iaitu Razali Buyong, 81, telah dimasukkan ke pusat perubatan, di sini, kelmarin.
Akib@t mas@lah saraf di tangan dan kaki kanannya itu, Razali berkata, dia juga tidak boleh berjalan tanpa dibantu ahli keluarga.
"Buat masa ini, doktor belum beritahu bila untuk buat pemb£dahan dan hanya beri ubat untuk merawat angin ahmar itu.
"Selepas merawat angin ahmar, baru doktor nak rawat mas@lah saraf kerana saya juga tidak boleh berjalan sekarang," jelasnya ketika dihubungi dimana turut memberitahu, dia juga perlu memakai alat bantuan pernafasan di hidung.
"Saya juga kurang selera makan ketika di wad dan tidak tahu berapa lama lagi akan dirawat di sini. Apapun, saya ucapkan terima kasih dengan layanan baik doktor dan jururawat.
"Selain jururawat, ada anggota keluarga iaitu anak-anak, menantu dan cucu yang bergilir menjaga saya di wad," kata yang juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menghantar ucapan serta mendoakan dirinya untuk segera sembuh.
"Saya juga boleh menerima pelawat pada waktu melawat ditetapkan. Selain itu, saya juga tidak kisah jika ada pihak yang mahu beri sumbangan dan sebagainya," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment