21 January 2025

HIDAYAH TITIP UCAPAN HARI LAHIR BUAT ARWAH ABAM : "WALAU TERPISAH DUA DUNIA, RASA CINTA SAYANG PADA ABANG MASIH SEPERTI DULU"



"19/01/25. Selamat hari lahir suamikuuu tersayanggg, genap umurmu ke 37 tahun... Walaupun kita terpisah jauh antara dua dunia, rasa CINTA sayang pada abang masih seperti dulu ❤️❤️ Pengikat cinta kita anak kita Syed Uthman Hamzah. Al-Fatihah Suamiku, Syed Omar Mokhtar."

Demikian tulis Nor Hidayah dimana dia tidak lupa untuk menitipkan ucapan hari lahir buat Allahyarham suaminya, Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey, yang j@tuh pada pada 19 Januari.

Hampir lima tahun pemergian suami, Hidayah menerusi perkongsian di Instagram, berkata, jika arwah suaminya itu masih ada lagi, usianya kini genap 37 tahun kelmarin.

Untuk makluman, Hidayah mendirikan rumah tangga dengan arwah Abam pada 8 Disember 2017 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: