21 January 2025

LAPOR POLIS - SHAHROL SHIRO KESAL DENGAN HANTARAN HARITH ISKANDER & KOMEN SEORANG INDIVIDU



Pelawak Shahrol Shiro menerusi perkongsian di Instagram miliknya memaklumkan, dia telah pun membuat laporan polis berhubung perkongsian yang dimuat naik pelawak Harith Iskander di media sosial baru-baru ini.

Dalam perkongsian itu, Shahrol ada memuat naik gambar laporan polis dimana dia menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan susulan hantaran Harith dan komen seorang lagi individu bernama Cecella Yap Song KL yang didakwa menghina agama Islam dan Nabi Muhammad.

Harith Iskander & Cecelia Yap, repot polis ON 👍🏻 Selesai merakam keterangan di Balai Polis Kluang. Semoga sang penguasa dapat mengambil tindakan tegas agar isu melibatkan agama Islam dan keharmonian negara terpelihara.

"Terima kasih 🙏," tulis Shahrol yang turut menyertakan tanda pagar 'Aku Budak Kluang' dan 'Ke Arah Lebih Baik'.

Klik untuk gambar besar

Shahrol menerusi hantarannya yang sebelum ini meluahkan rasa kesal dengan hantaran Harith itu yang didakwa membuka ruang kepada netizen mempersendakan agama Islam.

"Sebagai pelawak tidak semua sudut pandang boleh dijadikan bahan lawak kita. Adakala kita patut lebih sensitif lebih lagi melibatkan agama kita.

"Apabila saudara Harith Iskander membuka ruang agama dijadikan satu bahan yang boleh dipersenda, maka pengikut juga akan ikut serta dengan meninggalkan komentar mempersenda agama kita.

"Perkara ini sudah melampau dan satu laporan polis akan dibuat mengenai perkara ini," kata Shahrol dalam hantarannya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: