"Tiada isu pun. Saya dan Nadiya okay saja. Malah hari ini kami berdua akan menghadiri sidang media bersempena dengan acara yang kami kendalikan tidak lama lagi.
"Saya tiada pula dengar d£sas-d£sus perkara yang tak baik dalam rumah tangga kami. Tapi biasalah, dalam melayari bahtera rumah tangga sudah pasti ada pasang surutnya.
"Jadi saya pun tidak nafikan mengenai perkara itu. Selagi kita boleh selesaikan berdua, kita akan cuba untuk selesaikan dengan cara yang terbaik.
"Rumah tangga kami pun sudah memasuki tahun yang ketujuh, sudah tentulah ia tidak berjalan sempurna sepanjang masa. Itu sahajalah.
"Memang tiada (isu perg0lakan). Doakan yang baik-baik sahaja. Itulah yang kita minta daripada semua."
Itulah jelas pelakon dan usahawan, Ben Ali, 32, dimana dia men£pis sp£kulasi yang mendakwa rumah tangganya bersama isteri yang juga pelakon, Nadiyah Shahab, sedang menghadapi mas@lah.
Berhubung itu, Ben atau nama sebenarnya, Nur Ali Nadzwan, memaklumkan, hubungan dia dan Nadiyah masih harmoni, malah mereka kini sedang sibuk membuat persiapan untuk karnival pesta raya tahun ini.
Ditanya adakah dia terk£jut mendengar khabar angin mengenai rumah tangganya, Ben berkata, dia tidak terk£jut kerana isu serupa membabitkan artis tempatan menjadi perhatian topik panas sejak kebalakangan ini.
"Saya tidak terk£jut pun apabila isu ini timbul sebab mungkin tahun lepas ada banyak berita mengenai pasangan selebriti yang berpisah menjadi bualan.
"Kami pun tidak terlepas daripada dikaitkan. Kami masih suami isteri yang sah, tinggal sebumbung," tuturnya yang berkahwin dengan Nadiyah pada 10 November 2018 di Singapura, namun belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment