21 January 2025

SHUHADA TAK DAPAT HADIR KERANA ANAK - MAHKAMAH TETAPKAN DUA TARIKH AKHIR, 8 & 13 MEI DEPAN



Selepas bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu pemp£ngaruh, Nurul Shuhada Mat Shukri tidak dapat menghadirkan diri ke sesi sebutan semalam, Mahkamah Kuala Kubu Bharu menetapkan dua tarikh baharu.
Majistret, Nurul Izzah Hasan Basri menetapkan 8 dan 13 Mei depan sebagai tarikh akhir untuk Shuhada, 31, hadir.

Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Che Wan memaklumkan, Shuhada tidak dapat hadir dari Australia kerana anaknya, Umar dihalang menaiki pesawat selepas disahkan d£mam.

"Mahkamah menawarkan untuk pengadu hadir pada hari ini. Walau bagaimanapun, sebagaimana surat yang saya failkan pada 17 Januari lalu saya sudah dimaklumkan bahawa pengadu dalam k£s ini sudah membeli tiket penerbangan dari Australia untuk ke Malaysia.

"Namun, ditah@n di lapangan terbang yang mana saya difahamkan, anaknya dihalang untuk menaiki pesawat kerana d£mam.

"Sebagaimana surat yang dilampirkan juga, pada hari sama, Australia sekarang diserang wab@k Measl£s (penyakit berj@ngkit disebabkan v1rus) yang mana, mana-mana individu mengalami gejala d£mam dan ruam akan dihalang daripada menaiki pesawat.

"Oleh demikian, pengadu terpaksa membatalkan tiket penerbangan itu kerana anaknya tidak dapat menaiki pesawat," katanya.

Sementara itu, peguam yang mewakili Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, pihaknya membant@h ketidakhadiran Shuhada dan menaikkan isu pembelian tiket yang tidak masuk akal.

"Saya memang bantah berkenaan ketidakhadirannya. Saya kata, k£s ini kena 'buang' sebab dia tak menunjukkan minat. K£s ini pun dah selesai dan dia pun dah tarik balik laporan.

"Jadi, saya kata, ini adalah tarikh yang ke-11. Jadi, tak ada guna sebab dia tak boleh langg@r perintah mahkamah sivil kerana dia akan hadapi mas@lah. Hari ini dia tak datang juga, jadi hakim beri tarikh terakhir dan kita akur.

"Macam kelakar, dia beli tiket dari Melbourne ke Sydney dan dari Sydney ke Kuala Lumpur, satu tiket sahaja (untuk dia). Jadi, tiada tiket untuk anak-anak dia untuk tiket dari Sydney ke Kuala Lumpur. Itu isu yang saya bangkitkan bahawa ia tak masuk akal," tuturnya.

Dalam pada itu, Hafidz, 31, bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen kepada semua soalan yang diajukan media.

Shuhada ketika dihubungi menjelaskan mengenai situasi berlaku di lapangan terbang selepas dia tidak dapat masuk ke pesawat kerana anaknya disahkan demam kerana suhu badannya tinggi.

"Di sini sekarang memang sedang heb0h mengenai satu wab@k dan mana-mana individu yang didapati tidak sihat, memang tak boleh menaiki pesawat," jelasnya.

Terdahulu, pada 14 Oktober lalu, Majistret Nurul Izzah memerintahkan Shuhada untuk hadir ke mahkamah selepas wanita itu membuat keputusan menarik balik laporan polis dan tidak mahu meneruskan k£s diced£rakan, pada 6 Julai tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: