"Alhamdulillah keadaan kesihatan Ummi semakin baik dan sekarang banyak berehat di rumah. Jangk1tan kum@n pada paru-parunya juga sudah pulih. Sekarang, Ummi lebih fokus kepada menjaga kesihatannya. Ummi juga mengikut nasihat doktor untuk banyak berehat dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat."
Itulah kata anak tunggal kepada pelakon popular era 1980-an, Norlida Ahmad atau Connie, 65, iaitu Ally, 25, dimana dia memaklumkan, keadaan kesihatan ibunya yang mengalami mas@lah buah pinggang bernan@h serta jangk1tan kum@n pada paru-paru dan dar@h sekitar Ogos 2023, kini dilaporkan semakin pulih.
Ally atau nama sebenarnya, Ally Marisha Afrina Abdullah, menjelaskan, ibunya itu masih menjalani pemeriksaan di hospital dan klinik mengikut tarikh ditetapkan untuk memastikan keadaan buah pinggangnya baik dan tiada sebarang abnormal yang boleh menyebabkan peny@kit s£rius.
Selain itu, Ally berkata, ibunya yang pernah berlakon dalam beberapa filem seperti 'Tujuh Biang Keladi', 'Bujang Lapok Kembali Daa', 'Suara Kekasih', 'Mar@h-Mar@h Sayang', 'Dendang Remaja' dan 'Guru Badul' sepanjang pembabitan dalam karier seninya dulu, memang ada perancangan untuk kembali memeriahkan bidang lakonan yang diceburi sekian lama.
"Minat Ummi masih dalam bidang lakonan dan dia juga beritahu tidak sabar untuk buat 'comeback' tidak lama lagi. Ummi memilih untuk berlakon dalam drama dan projek yang tidak mengambil masa terlalu lama di lokasi penggambaran," tuturnya.
Terdahulu, Connie dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan selama sebulan pada Ogos, dua tahun lalu kerana mengalami mas@lah buah pinggang bernan@h serta jangk1tan kum@n pada paru-paru dan dar@h.
Bagaimanapun, selepas 10 hari pulang ke rumah, Connie dimasukkan semula ke hospital untuk menjalani pemb£dahan membuang nan@h kali kedua di sekeliling buah pinggangnya sebanyak 400 mililiter.
Sebelum itu, pada 2018 pula, Connie juga dilaporkan pernah mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya kerana tek@nan dar@h rendah dan jangk1tan kum@n pada buah pinggang hingga lumpuh separuh badan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment