Nama pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira, 50, ketika ini hangat diperkatakan selepas dia menitipkan ucapan ulang tahun kelahiran istimewa kepada seseorang yang tidak didedahkan identitinya.
Malah Erra dikatakan sedang dilamun cinta dan ianya menjadi tajuk akhbar tempatan sehingga membuatkan ramai netizen mula berteka-teki siapakah lelaki bertuah yang berjaya menambat hati primadona filem negara itu.
Menurut sumber, lelaki yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan Erra dikenali sebagai Ezwan Zain, 44, yang merupakan seorang usahawan yang memiliki kafe kuih yang terkenal di sekitar Lembah Klang.
Klik untuk gambar besar
"Terima kasih belanja makan malam awak. Selamat tahun baru dan salam Rejab," tulisnya.
Bukan itu sahaja, malah hasil tinjauan menerusi Instagram penyampai radio Sinar FM, Falyq Hikyle, kelihatan Erra dan Ezwan berada bersama-sama di sebuah pusat karaoke baru-baru ini bagi meraikan sambutan hari lahir lelaki berkenaan.
Sebelum ini, ucapan Erra dalam InstaStory buat seseorang menjadi bualan ramai kerana ucapan tersebut dikatakan berbaur romantis disulami dengan lagu 'Semoga Abadi' dendangan Misha Omar.
Gambar susuk lelaki dan perempuan yang digelapkan juga menguatkan sp£kulasi bahawa hantaran itu ditujukan kepada seseorang yang istimewa di hatinya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment