05 January 2025

"KALAU FIKIR M4LU, TAK PAYAHLAH BERSETUJU..." - EDDIE HAMID TAK KISAH KRIT1KAN JURI, SEDIA SERTAI GV SEKIRANYA ADA PELUANG LAGI



"Saya mahu sertai GV akan datang sekiranya ada peluang lagi. Saya dapat peluang untuk jadi peserta GV11, tapi saya tolak ketika itu sebab urusan kerja yang banyak dan tak dapat memberi komitmen.
"Program realiti GV pada saya adalah platform untuk penyanyi lama serlahkan semula bakat. Malah, kita yang buat keputusan untuk setuju menyertai atau tidak sebab ia bukan satu paksaan.

"Cuma, rezeki saya untuk bersaing di pentas GV11 sekarang bersama peserta-peserta lain tidak ada. Bukan saya t@kut nak terima, tapi tolak peluang itu bersebab," itulah kata penerbit juga komposer lagu Pantai Timur terkenal iaitu Eddie Hamid, 62, dimana dia bersedia menyertai program Gegar Vaganza (GV) akan datang sekiranya masih ada peluang buatnya.

Jelas Eddie atau nama sebenarnya, Abdul Hamid Adenan, kerana komitmen kerja yang padat, dia yang sepatutnya menyertai musim ini (GV11), namun tidak dapat berbuat demikian sekali gus terpaksa menolak.

Disamping itu, ditanya juga mengenai kritikan juri profesional yang mungkin akan mem@lukan diri, Eddie berkata, dia sangat memahami krit1kan diberikan juri sudah tentu berdasarkan kepada corak persembahan peserta dan vokal.

"Saya tak kisah dengan komen diberikan oleh juri walaupun p£das sebab faham itu adalah tugas mereka. Set£ruk mana atau sebaik mana pun komen itu, sebagai peserta kita kena terima. Tak perlu nak rasa m@lu sebab krit1kan dan komen juri itu bersebab.

"Kalau fikir m@lu, tak payahlah bersetuju nak masuk bertanding sebab bukan paksaan pun. Ia kerelaan sendiri. Apabila dah kata setuju, itu bermakna kita secara tak langsung sudah sedia jadi peserta. Bagi saya, terima saja komen juri itu dengan tenang dan p0sitif.

"Pada masa sama, perbaiki mana yang dit£gur kurang atau lemah itu," ujar Eddie yang juga komposer lagu popular, 'Cinta Setandan Pisang' atau'Bea Soba Bea' ini berkata, sekiranya ada artis menyifatkan yang diberikan komen juri sebagai memalukan peserta, itu hak mereka.

Ujarnya, apa saja berbentuk komen atau krit1kan daripada pihak lain, ia adalah pandangan atau pendapat masing-masing dan terpulang juga sama ada kita mahu terimanya secara p0sitif atau sebaliknya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: