20 January 2025

KHABAR ANGIN DAKWA EMMA MAEMBONG KAHWIN BARU - CHACHA AKUI TERK£JUT, TAK TAHU



"Saya tidak tahu mengenai khabar angin itu dan tidak berani mahu beri apa-apa komen. Saya baru balik kerja dan kini berada di rumah. Oleh sebab saya tidak pernah dengar g0sip mengenai itu, saya tidak mahu beri komen."

Demikian jelas pelakon Chacha Maembong dimana dia mengakui terk£jut apabila mengetahui mengenai khabar angin yang kononnya mendakwa kakaknya yang juga pelakon, Emma Maembong sudah berkahwin baru dengan seorang deejay kelab malam.

Baru-baru ini, timbul dakwaan mengatakan Emma sudah berkahwin baru dengan seorang deejay bernama DJ Kidd, malah mereka didakwa bercuti bersama-sama di negara seberang berdasarkan beberapa gambar yang tular dalam media sosial.

Klik untuk gambar besar

Emma dikatakan menjalin hubungan dengan individu tersebut selepas bercerai dengan suaminya, Muhammad Shazli Azhar.

Terdahulu, Emma hanya memuat naik berkenaan perpisahannya dengan bekas suami pada 7 Oktober tahun lalu namun merahsiakan tarikh perceraian mereka.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: