20 January 2025

MIMPI TANGAN SEMPURNA - ZUBIR KHAN TEPIS DAKWAAN TAK BERSYUKUR



"Saya pernah bermimpi tangan saya masih ada. Bagi saya, tidak salah untuk merindui sesuatu, bukan hanya kepada manusia saja tetapi juga anggota badan sendiri.

"Dalam mimpi itu, saya bergaya seperti orang yang sempurna. Saya bukan tidak bersyukur. Saya percaya, jika Allah mengambil sesuatu, Dia pasti menggantikannya dengan yang lain.

"Dulu saya pernah anggap diri tidak berguna kerana keadaan tangan begini, tetapi sekarang saya boleh buat banyak perkara termasuk memandu kereta dan menunggang motosikal."

Itulah tutur penyanyi Zubir Khan, 25, dimana dia mengaku merindui tangan kanannya yang putus sejak berusia empat tahun akib@t kemal@ngan membabitkan mesin kek.

Kata Zubir atau nama sebenarnya, Muhammad Zubir Muhammad Ali, dia juga pernah bermimpi seolah-olah tangan kanannya masih sempurna.

Klik untuk gambar besar

Mengulas mengenai hantaran foto suntingan peminat yang memaparkan dia mempunyai sepasang tangan baru-baru ini, Zubir berkata, dia terharu apabila ada peminat sudi menyunting foto miliknya dalam keadaan sempurna.

"Saya kongsikan kepada semua kerinduan itu. Kalau anggap saya tidak bersyukur, terpulanglah. Kita tidak boleh puaskan hati semua. Ada yang baik hati mahu suntingkan gambar seolah-olah saya ada sepasang tangan.

"Saya ucap terima kasih kepada individu itu," ujar pelantun lagu 'Yennode Macha' itu berhubung foto yang dikongsikannya dimana dirinya duduk di atas sebuah kereta dan tangan kanannya berada dalam keadaan sempurna.

Bagaimanapun, perkongsian Zubir ini telah mengundang perhatian ramai dimana ada ada segelintir individu mendakwa dia tidak dapat menerima kekurangan fizikalnya, namun begitu ada juga warganet yang memberi kata-kata semangat kepadanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: