Sebelum ini, penyanyi senior iaitu Man Bai tampil mengatakan penyanyi Aina Abdul tidak mempunyai 'k1ller song' atau lagu malar segar untuk diingati peminat, walaupun memiliki bakat nyanyian luar biasa.
Kata Man Bai, Aina belum cukup membuatkan dirinya diingati dan disebabkan itu, penyanyi berusia 31 tahun ini perlu mempunyai 'k1ller song' yang boleh bertahan dalam jangka masa panjang.
Berhubung dakwaan Man Bai itu, Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 31, akui sedih dan berkata, sepanjang terbabit dalam bidang nyanyian, dia memang bekerja keras untuk menjadikan lagu-lagunya seperti 'Sump@h', 'Semalam', 'Sepi' dan 'Terus Hidup' sebagai 'k1ller song'.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Aina berkata, dia menghormati pandangan penyanyi senior seperti Man Bai itu, dimana seseorang artis perlu mempunyai 'k1ller song' untuk bertahan dalam industri muzik.
"Saya masih baru dalam industri muzik ini dan saya tidaklah sematang abang Man Bai. Saya hormat dengan pendapatnya dan menerima semuanya. Mungkin saya masih memerlukan masa yang panjang untuk ada 'k1ller song' seperti dakwaannya itu.
"Saya juga akan terus bekerja keras untuk menghasilkan 'k1ller song' itu dan memastikan lagu-lagu nyanyian sentiasa malar segar dan terus menjadi siulan peminat.
"Penyanyi perlu ada 'k1ller song' tetapi mungkin belum tiba masa saya untuk memiliki lagu 'berh@ntu' seperti yang dimaksudkan abang Man Bai itu. Terima kasih abang (Man Bai). Jangan berasa janggal dengan saya sebab latihan nyanyian yang seterusnya mungkin saya masih akan lakukan di studio milik abang.
"Kami sering bekerjasama, setiap kali saya buat latihan nyanyian, saya akan ke studio miliknya," kata Aina dimana dia menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh Man bai sebagai satu semangat untuk menghasilkan lebih banyak karya malar segar selepas ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment