06 January 2025

NANA MAHAZAN BERSYUKUR DAPAT 'PULANG KE RUMAH ASAL' (KONTI RADIO) SELEPAS 12 TAHUN TINGGALKAN



Selepas 12 tahun meninggalkan kerjaya sebagai penyampai radio, Nana Mahazan kini kembali bekerja apabila dipilih sebagai penyampai baharu radio Zayan.
Berhubung perasaannya kembali ke konti radio selepas lebih sedekad, Nana atau nama sebenarnya, Nurul Hana Che Mahazan berkata, dia bersyukur kerana dapat 'pulang ke rumah asal'.

"Seronok macam pulang ke rumah asal kerana ia pekerjaan pertama yang saya dapat buat balik. Alhamdulillah, syukur kerana Allah bagi nikmat untuk kembali bekerja selepas 12 tahun tak 'on air'.

"Saya juga berkobar-kobar nak datang kerja kerana maklum bal@s positif dari pendengar," katanya menerusi perkongsian video di Instagram (IG).

Dalam perkongsiannya itu lagi, Nana memberitahu, dia juga anggap dirinya masih belajar dan gembira dapat berganding dengan penyampai radio senior, Faizal Ismail atau FBI di konti.

"Dulu lain dan sistem radio juga sudah lain sekarang. Beri masa untuk saya belajar ya," ujar Nana yang juga bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim pertama (AF1).

Sementara itu, rata-rata pendengar memberi maklum bal@s p0sitif dengan gandingan Nana bersama FBI untuk mengendalikan segmen pagi di segmen radio berkonsep islamik itu.

Dalam perkongsian video stesen radio itu, pendengar juga sangat teruja bila dapat mendengar suara Nana setelah sekiam lama.

"Amboi 'excited' sampai menjerit tu. Suka sangat dapat dengar suara Nana kembali ke corong radio," kongsinya.

Nana yang juga pengacara program Borak SeeNI di saluran Astro Prima itu sebelum ini pernah berkhidmat sebagai penyampai di Radio Era dan Xfm sebelum meninggalkan konti pada 2011.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: