"Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan. Saya hanya perlukan doa yang baik-baik dan pendirian masih kekal (enggan ceraikan Diana Danielle)."
Demikian ujar pelakon Farid Kamil dimana dia kekal dengan pendiriannya untuk tidak menceraikan isterinya yang juga pelakon, Diana Danielle serta berharap dapat mencari jalan pernyelesaian menerusi proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Dalam pada itu, Farid memaklumkan pihaknya melantik peguamnya sebagai wakil JKP bagi k£s perceraiannya dengan isteri.
Peguam syarie Fakhrul Azman berkata, proses JKP akan berlangsung di pejabat agama sebelum tarikh laporan kedua-dua belah pihak disebut pada 24 Mac depan.
"Bagi pihak Farid kita melantik peguam sebagai wakilnya dan proses JKP akan diadakan di pejabat agama selain tarikh keputusan masih sama iaitu 24 Mac 2025.
"Jika kedua-dua mereka ingin berbincang untuk berdamai atau berbaik semula memang tiada mas@lah memandangkan pasangan ini masih lagi suami isteri. Apa pun kita tunggu proses seperti diarahkan mahkamah," katanya.
Terdahulu, Diana meng£jutkan ramai apabila memfailkan permohonan cerai buat kali kedua terhadap Farid pada 4 November lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment