10 January 2025
RUMAH FARID KAMIL DIDAKWA BAKAL KENA LELONG - DAVID TEO TERKILAN
Semalam tular di media sosial mengenai sebuah rumah teres dua tingkat yang dikatakan milik suami kepada pelakon Diana Danielle iaitu pelakon Farid Kamil, 43, dimana ia dalam proses lelong dengan harga lebih setengah juta ringgit.
Kediaman seluas 1,760 kaki persegi itu bakal dilelong pada harga permulaan RM522,000 dan perkara lelongan itu menjadi kec0h serta menarik perhatian ramai apabila tersebar iklan mengenainya yang diletakkan pada senarai lelongan awam bertarikh 22 Januari ini.
Rumah teres itu dipercayai beralamat di Bandar Saujana Putra (BSP), Jenjarom, Selangor mengikut maklumat dimuatkan di laman sesawang lelongan berkenaan dan iklan di akhbar yang juga tertera nama pemiliknya, Farid Kamil Zahari.
Tinjauan di ruangan komen portal hiburan yang memuatnaik berita lelongan rumah itu mendapati rata-rata netizen memaklumkan nama Farid.
Difahamkan, rumah teres itu dibeli pada 2011 dan status pemilikan Bumiputera, namun ia tidak dapat dipastikan sama ada pemilik dimaksudkan Farid Kamil itu adalah seorang pelakon atau individu lain yang mempunyai nama sama kerana Farid mengambil pendekatan berdiam diri.
Pihak media cuba mendapatkan kenyataan daripada Farid, namun pelakon filem 'Bisikan D0sa' itu meminta menghubungi pengurusnya, Azahari Hamid.
"Untuk kenyataan media mengenai isu berbangkit sila hubungi pengurus saya," jawab bapa kepada dua cahaya mata itu secara ringkas.
Sementara itu, David Teo meluahkan rasa terkilan jika berita lelongan itu adalah benar kerana dia adalah individu bertanggungjawab menghadiahkan kediaman tersebut kepada Farid.
Tutur David yang merupakan Pengarah Urusan Metrowealth International Group (MIG) itu, dia baru saja mengetahui mengenai berita lelongan itu selepas dihubungi media.
"Kalau Farid ada mas@lah, sepatutnya dia beritahu saya. Mungkin saya boleh beli rumah ini daripadanya. Rug1lah rumah ini terpaksa dilelong kerana nilainya sudah dua kali ganda berbanding ketika dibeli kira-kira 10 tahun lalu.
"Saya sanggup beli daripada Farid dan berikan jumlah yang dimahukan. Kemudian mungkin saya boleh jual semula rumah ini. Tetapi, sekarang sudah tak boleh buat apa-apa sebab rumah bakal dilelong," katanya.
Dalam pada itu, David berkata, Farid difahamkan tidak menginap di rumah berkenaan, sebaliknya menyewakannya kepada bekas pekerja.
Jelasnya lagi, dia membayar wang pendahuluan untuk kira-kira 30 kakitangan sebagai hadiah berikutan kecemerlangan kutipan filem terbitan MIG ketika itu.
"Kami memang tidak pernah bercerita soal peribadi. Sebab itulah saya tak tahu Farid ada mas@lah kewangan. Kami berhubung pun hanya berkaitan kerja, dia hubungi saya minta diberikan watak hero dan saya tawar berlakon dalam filem 'Bisikan D0sa'. Selain itu, saya memang tidak ambil tahu mengenai soal kehidupan peribadinya," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment