31 January 2025

RUTIN HARIAN YANG WAJIB DI PENGASIH - MAMAT EXISTS JALANI AKTIVITI SOLAT BERJEMAAH, BELAJAR AL-QURAN



"Setiap hari kami akan bangun sebelum waktu subuh untuk mandi sebelum mendirikan solat subuh berjemaah. Di sana saya adalah sal@h seorang koordinator dan akan menguruskan setiap aktiviti yang akan dilakukan penghuni lain.
"Antara aktiviti yang kami jalankan ialah solat lima waktu berjemaah selain menghadiri kelas mengaji al-Quran," demikian kata penyanyi Mamat Exists yang berkongsi rutin harian yang wajib dijalaninya dimana dia akan sertai solat lima waktu secara berjemaah dan membaca al-Quran.

Mamat yang sudah enam bulan melalui fasa pertama di bawah pengawasan untuk rawatan dan pemulihan Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) di Kompleks Pengasih Cinta Manis, Bentong, Pahang, itu berkata, pusat terbabit sentiasa menekankan aspek sahsiah diri serta kerohanian.

Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin, 48, berkongsi pengalaman peribadinya itu dalam satu perkongsian bersama Dol's P0dcast kendalian Shuib, Mamat Sepah dan Fizie Roslan, dimana ujarnya, langkah terbaik untuk kembali menjalani kehidupan yang lebih baik adalah melalui pusat itu.

"Apabila saya sampai di Pengasih, sambutan dan layanan yang diberikan kepada saya sangat baik sekali gus membuatkan kita semua hormat satu sama lain dan sentiasa ada sebagai satu keluarga.

"Disebabkan itu juga membuatkan saya bertambah bersemangat mahu berubah selain enggan lagi berputus asa," ujarnya yang sebelum ini dikenakan hukvman d£nda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor atas dua pertuduhan mengambil dad@h pada 2019.

Di Mahkamah Sesyen, Mamat dij@tuhi hukvman d£nda RM4,000 selepas mengaku bersal@h atas pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dad@h Berbah@ya 1952.

Hakim turut memerintahkan bapa tiga orang anak itu menjalani dua tahun pengawasan di Ag£nsi Anti Dad@h Kebangsaan (AADK) Bentong, Pahang bagi rawatan dan pemulihan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: