Pelakon dan pengacara, Jasmine Suraya, 36, yang kini menetap di West Hollywood, Los Angeles (LA), California kerana menyambung pengajian dalam bidang lakonan di sana itu telah menceritakan detik c£mas apabila dia terpaksa berpindah apabila kawasan Pacific Palisades tidak jauh daripada kediamannya terbak@r.
Bimbang keadaan menjadi s£rius apabila kebak@ran hutan di sana semakin mer£bak dan menghampiri kawasan perumahannya, Jasmine atau nama penuhnya Jasmine Suraya Chin Xian Mei berkata, dia membuat keputusan memanjat bumbung rumah kerana ingin meninjau tahap kebak@ran kawasan berkenaan.
"Ini Ranyon Canyon (kawasan kebak@ran), hanya 10 minit jarak perjalanan jika memandu dari rumah saya. Saya naik ke bahagian bumbung untuk memeriksa situasi yang berlaku.
"Macam tak percaya kejadian ini akan berlaku depan mata saya," katanya menerusi Instagram dimana dia turut berkongsi video kawasan kebak@ran yang sedang mar@k tidak jauh dari rumahnya.
Klik untuk gambar besar
"Memang tak tahu nak gambarkan macam mana. Semalam memang betul keadaan macam dalam filem. Bila saya keluar rumah, saya lihat semua jiran bawa haiwan, beg besar dan macam-macam lagi. Semua bergerak dengan kereta untuk selamatkan diri.
"Selepas itu saya singgah nak isi minyak, stesen minyak pun penuh. Saya nampak banyak helikopter, dengar siren polis dan bomba serta orang hon sana sini. Situasinya macam filem yang menggambarkan dunia dah nak berakhir.
"Mulanya saya ingat api dah reda, rupanya api dari atas gunung merebak ke bawah gunung. Helikopter pula mundar mandir ke sana sini untuk padam kebak@ran. Mak saya risau sangat dan mesej tanya keadaan saya. Begitu juga kawan-kawan ada DM (mesej terus) di Instagram.
"Memang ramai yang mesej tapi saya tak sempat jawab semuanya kerana suasana kelam kabut. Semalam pun saya sibuk nak 'packing' apa yang perlu dibawa," katanya yang turut memberitahu, dia bersama beberapa rakannya masih memandu di lebuh raya untuk menyelamatkan diri.
"Mulanya kami rasa tidak begitu s£rius tapi kemudian terpaksa berpindah. Kami terpaksa cari tempat lain untuk berlindung. Apapun saya berada dalam keadaan selamat," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment