08 January 2025

SAMBUT ANNIVERSARY KE-30 - AZAH AZIZ DEDAH BANYAK BERSABAR, BERSIKAP TOLERANSI ANTARA RAHSIA BERJAYA KEKALKAN RUMAH TANGGA



Pelakon Azah Aziz atau nama sebenarnya, Norazah Aziz, 52, semalam telah meraikan ulang tahun perkahwinannya yang ke-30 bersama suami dan anak-anak mereka dalam satu majlis.

Melalui episod gel0ra dalam hubungan suami isteri sama seperti pasangan lain, Azah mendedahkan banyak bersabar dan perlu ada sikap toleransi antara rahsia berjaya mengekalkan rumah tangganya bersama suami yang berasal dari Perancis iaitu Daud Leroy Abdullah sejak lebih tiga dekad.

"Jika ada mas@lah yang timbul dalam perkahwinan, kami akan sentiasa duduk berbincang untuk selesaikannya dan tidak dibawa sampai esok. Selepas berkahwin, saya terus tinggalkan bidang lakonan demi fokus kepada keluarga serta menetap di luar negara.

Klik untuk gambar besar

"Malah, saya tidak ada pembantu rumah dan menguruskan semua anak-anak sendiri sebab itu mereka sangat rapat dengan saya," katanya yang juga berkongsi tip perkahwinan, dimana dalam rumah tangga perlu saling tolak ansur serta tidak boleh terlalu cemburu.

"Kita juga perlu memantau suami kerana lelaki tetap lelaki. Tak kisahlah lelaki mat salih atau Melayu kerana penyondol memang ramai. Macam suami saya dia selalu ke luar negara atas urusan kerja.

"Jadi kami akan selalu berkomunikasi melalui panggilan video setiap hari. Macam sekarang suami di Dubai dan saya pula di Malaysia," ujar Azah.
Dalam pada itu, Azah turut mengulas mengenai segelintir pihak yang mempert@ruhkan sejauh mana rumah tangga artis mampu bertahan, dimana dia sendiri mengakui dirinya juga tidak terlepas daripada semua itu.

"Itu perkara biasa. Malah, ada yang fikir saya sudah bercerai gara-gara kembali ke Malaysia kerana suami tinggal di Dubai. Tapi sebenarnya, saya pilih untuk tinggal di Malaysia kerana anak bongsu bersekolah di sini.

"Hanya anak kedua yang tinggal bersama suami di Dubai. Walaupun tinggal di berlainan negara, kami tetap akan cari masa untuk bertemu," tuturnya yang dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Aaron, 26; Ryan, 20 dan Justin, 17 tahun, hasil perkongsian hidup bersama David Leroy.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: