15 January 2025

"SAYA KERAP BUAT SOLAT TAHAJUD, ALHAMDULILLAH... KEBENARAN AKAN TERUNGKAP SENDIRI" - ISTERI ALONG CHAM



"Beberapa hari ini, saya kerap buat solat Tahajud, Alhamdulillah. Allah tunjuk sedikit demi sedikit hari ini. Terima kasih Allah kerana tolong, kebenaran akan terungkap sendiri."
Ujar isteri kepada pelawak Along Cham iaitu Feena Suhaimi yang memberitahu, dia kini semakin rajin menunaikan solat Tahajud, susulan ujian men1mpa keluarganya.

Feena yang berkongsi perkara itu menerusi perkongsian di Insta Story, berkata, dengan amalan tersebut sedikit sebanyak Allah memberikan pertunjuk dan dia percaya bahawa kebenaran akan terungkap.

Bagaimanapun, isteri Along ini tidak mendedahkan secara terperinci mengenai perkara tersebut, namun dipercayai ia berhubung dengan isu membabitkan pelawak itu yang kini ditah@n kerana didakwa memiliki dad@h jenis g@nja.

"Tengok tulisan awak mengukir nombor telefon saya merupakan perkara bermakna bagi saya," tulis Feena yang turut mengakui bukan mudah hadapi ujian yang men1mpa sendirian, namun terpaksa demi suami tercinta menerusi satu hantaran sebelum ini.

"Sudah sebulan berg£lut, dan kes@kitan. Walaupun selepas segala tuduhan, namun saya masih di sini berusaha untuk kuat dan berdiri untuk suamiku.

"Orang boleh berkata apa saja dan mereka boleh mendengar pihak mana pun yang mereka mahu. Hanya Allah yang mengetahui kebenarannya! Sangat merindui suami," tuturnya.

Pada Disember tahun lalu, Along Cham ditah@n kerana disy@ki memiliki g@nja di sebuah rumah di Cyberjaya.

Bagaimanapun, pelawak berusia 38 tahun itu mengaku tidak bersal@h di Mahkamah Seksyen dan Majistret Sepang atas pertuduhan memiliki dad@h jenis Kan@bis lebih 60gram.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: