"Dalam proses penghijrahan, saya tak nak sangat orang nampak saya ini suci, alim. Itu yang paling saya t@kut sebab nanti apabila saya melakukan satu kesal@han orang akan menilai kita mun@fik dan sebagainya.
"Saya pun memang dalam proses untuk menjadi yang lebih baik. Tidaklah sempurna tapi lebih baik, itu sahaja yang saya nak sangat."
Itulah kata pelakon Nora Danish, 43,a dimana dia mengakui timbul rasa khuatir apabila penampilannya yang kini berhijab dan sangat sopan itu dihakimi sehingga dilabel mun@fik.
Penampilan Nora yang mula tampil berhijab sekitar Jun tahun lalu itu meraih maklum bal@s p0sitif ramai setiap kali tampil di pelbagai majlis.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini memberitahu, dia memang sudah lama pasang niat untuk berhijrah dan memohon doa ramai agar dia kekal istiqamah.
"Saya buat keputusan ini tanpa desakan atau paksaan sesiapa. Saya sendiri yang memilih untuk berhijab kerana usia saya pun bukan muda lagi.
"Saya percaya setiap wanita yang belum berhijab pun pasti ada keinginan yang sama. Apapun terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan saya," tutur pelakon 'Bukan Cinta Malaikat' itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment