08 January 2025
ZACKERY DAKWA ISTERI PERNAH CUR4NG, SEDIA CERAIKAN TAPI BERSYARAT - ZAHNITA KATA DIA DIMINTA TARIK BALIK LAPORAN K£S
"Saya sedia melafazkan talak dengan beberapa syarat yang perlu dia patuhi. Kalau dia dapat tunaikan syarat tersebut saya akan lafaz talak dan kami boleh cerai secara baik. Saya dah tak mahu g@duh dengan dia tapi saya minta kami sama-sama menjaga anak-anak itu saja.
"Selepas apa saya lalui, agak berat untuk saya lupakan atau memaafkan dia. Tapi tidak juga, kita hanya manusia biasa. Mungkin saya akan maafkan dia demi anak-anak kami," ujar suami kepada bekas model dan pelakon Zahnita Wilson, Abdul Zackery Ghouse.
Susulan proses perceraian Zahnita dan suaminya, mahkamah memerintah untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas kedua belah pihak gag@l mencapai kata sepakat.
Apabila ditanya sama ada JKP dapat menyelamatkan rumah tangganya, Zackery tidak menolak kemungkinan tersebut demi anak-anak mereka. Dalam pada itu, berhubung dakwaan Zahnita dimana kehadiran orang ketiga menjadi punca keretakan rumah tangga mereka, Zachery tampil menafikan, sebaliknya berkata, Zahnita pernah cur@ng 10 tahun lalu dan pernah melarikan diri bersama seorang lelaki selama enam bulan.
"Kalau nak cakap soal orang ketiga, pada 2015 dan 2016 isteri saya yang ada orang ketiga. Kami pernah melalui proses cerai dan ketika itu dia keluar dari rumah dan lari dengan seseorang selama enam bulan.
"Anak perempuan saya sendiri yang beritahu ibunya keluar dengan lelaki... Apabila saya cuba berbincang isteri bawa lari anak-anak kami," katanya.
Sementara itu, Zahnita ketika ditanya mengenai kenyataan suaminya yang mendakwa dirinya menjadi m@ngsa kegan@san rumah tangga itu bagaimanapun enggan memberikan komen, namun terk£jut dengan dakwaan dibuat suaminya dan dia akan tetap berjuang untuk menegakkan haknya.
"Maaf saya tak mahu ulas apa-apa tentang kenyataan tersebut. Tapi saya tak sangka sebenarnya dia boleh kata demikian. Nak ke orang tahu tentang hal ini? Kalau dia nak buat macam ni, okay saya akan teruskan dengan k£s ini," tuturnya.
Kata Zahnita, dakwaan dikeluarkan suaminya itu kerana dia enggan menarik semula laporan k£s yang dibuat dan cuba meletakkan diri sebagai m@ngsa.
"Perkara ini berlaku disebabkan saya tidak menarik balik k£s terhadap dia. Semalam (Isnin) berlansungnya k£s mahkamah. Di hadapan hakim, dia memberitahu saya antara sal@h satu syarat untuk dia lafazkan cerai terhadap saya adalah untuk saya tarik balik laporan k£s.
"Apa yang dia cuba lakukan sekarang adalah salah satu kempen dia untuk tunjukkan diri dia tidak bersal@h," kata Zahnita nama penuhnya, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment