"Trofi kemenangan ini sangat bermakna sebab saya dah 20 tahun dalam industri membina nama. Ramai saksikan kesuk@ran saya dalam industri dan kemenangan saya kecapi ni besar maknanya."
Demikian ujar penyanyi Marsha Milan selepas lagu nyanyiannya, 'Hening Rindu' dinobat sebagai Juara di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-39, serta menyifatkan ia memberi makna besar buat dirinya.
Kata Marsha, dia yang kini sudah 20 tahun berada dalam industri, turut menyifatkan kemenangan itu paling bermakna sepanjang kariernya.
Klik untuk gambar besar
"Saya tak letak apa-apa harapan, tapi jauh di sudut hati ada juga perasaan seronoknya kalau saya menang. Alhamdulillah bila lagu nyanyian saya dinobatkan sebagai juara, saya memang tak sangka sangat," tuturnya.
Semalam, lagu 'Hening Rindu' ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dinobat juara AJL39, sekaligus membawa pulang RM100,000 dan trofi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment