17 February 2025

AKUR PERTAMA KALI PULANG 'TANGAN KOSONG' - HAFIZ SUIP ULAS ISU 'TERKUNCIL' DI AJL-39



"Saya sudah lakukan yang terbaik, selebihnya saya serahkan kepada Ilahi. Normal jika kalah dan menang. Kalau menang dapat la hadiah, kalau kal@h jangan 'c0mplaint'.

"Saya menghormati juri, mereka sudah buat keputusan yang tepat. Semua yang menang pada malam AJL39, mereka memang layak. Lumrah dan adat dalam pertandingan, ada menang ada kal@h.

"Saya tiada mas@lah pun tak menang vokal terbaik. Saya sudah buat yang terbaik, saya juga manusia biasa, tak lari daripada buat kesil@pan. Apa yang terjadi pada malam AJL39, itulah yang berlaku.

Klik untuk gambar besar

Demikian ujar penyanyi Hafiz Suip, 34, dimana dia mengakui sudah melakukan persembahan yang terbaik menerusi lagu 'Terus Bersinar' pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu yang ke-39 (AJL39).

Pemilik nama lengkap Mohd Hafiz Mohd Suip ini berkata, tiada rezekinya pada edisi kali ini ketika mengulas mengenai dakwaan dia melakukan kesil@pan dalam nyanyiannya sehingga gag@l menjulang trofi Vokal Terbaik.
Hafiz yang pertama kali pulang dengan 'tangan kosong' tanpa sebarang trofi, akur dengan adat pertandingan serta percaya juri profesional sudah melakukan tugas mereka dalam menilai setiap karya yang bertanding.

Tuturnya lagi, meskipun tidak memenangi sebarang trofi, namun perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkarya dan beraksi di pentas berprestij itu.
"Saya langsung tak patah semangat atau rasa 'down'. Tiada istilah itu dalam hidup saya, akan terus berkarya," kata bapa kepada dua cahaya mata itu.

Malam tadi, AJL39 menyaksikan lagu 'Hening Rindu' nyanyian Marsha Milan dinobatkan sebagai juara, sekali gus membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM100,000.
Manakala, lagu 'Bukan Lagi Kita' nyanyian Nadeera diumumkan sebagai naib juara dan lagu 'Saksama' oleh Akim & The Majistret ditempat ketiga.

Vokal Terbaik dimenangi Ernie Zakri menerusi lagu 'Aura' dan Persembahan Terbaik pula dimenangi oleh Aina Abdul menerusi lagu 'Puas Sudah'.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: