15 February 2025

ANAK DISAHKAN HIDAP KANS£R PARU-PARU TAHAP TIGA - AMYZA AZNAN LULUH HATI, MOHON DOA



"Assalamualaikum, saya tak tahu ayat apa yang harus saya mulakan, anak saya setelah hampir tiga minggu. Sekarang ini anak saya didiagnos kans£r paru-paru tahap tiga. Air daripada paru-paru sudah masuk ke jantung, paru-paru sebelah kanan sudah collapse (tidak berfungsi)."

Itulah tulis pelakon Amyza Aznan, 50, menerusi laman sosial miliknya dimana dia memaklumkan khabar duka anak sulungnya, Andre Mikhail, 19, telah disahkan menghidap kans£r paru-paru tahap tiga, ketika menerima rawatan di Hospital Ampang, Selangor.

Dalam hantaran itu, Amyza juga berkongsi video sedang mengisi borang menyatakan pemberitahuan pes@kit tenat, selain kebenaran menjalani prosedur.

Klik untuk gambar besar

Kata Amyza, meskipun dalam keadaan s@kit, Andre tenang menerima dugaan yang berlaku, selain juga mengharapkan doa orang ramai agar anak lelakinya itu kembali sembuh.

Anak kesayangan pelakon itu kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut bagi pemantuan dan menjalani prosedur yang tidak dinyatakan.
"Ketika ditolak ke ICU untuk prosedur, dia sangat tenang, mata yang tenang. Semua jururawat juga cakap dia sangat kuat. Saya merayu tumpangkan doa dari semua untuk keajaiban kesembuhan anak soleh saya," tuturnya.

Sebelum ini, Andre dimasukkan ke Hospital Ampang apabila doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan di bahagian paru-parunya.

Ketika itu, dia perlu menunggu keputusan ujian sampel yang dilakukan pihak hospital bagi menentukan peny@kit sebenar.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: