17 February 2025

ANUGERAH JUARA LAGU KE-39 - MARSHA MILAN 'TERGAMAM' JUARA JADI MILIKNYA



Berakhir sudah Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke-39 dengan menobatkan lagu 'Hening Rindu' nyanyian Marsha Milan sebagai juara untuk edisi kali ini.

Kemenangan itu membuatkan Marsha terkejut serta tergamam sehingga mengalir air mata apabila berjaya membolot wang tunai RM100,000 dan juga trofi.

Bagi naib juara pula j@tuh milik Nadeera Zaini, menerusi lagu 'Bukan Lagi Kita' dimana dia membawa pulang wang tunai RM50,000 serta trofi.

Manakala bagi tempat ketiga diduduki lagu 'Saksama' nyanyiannya Akim and The Majistret yang menerima wang tunai RM30,000 termasuk trofi.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, Ernie Zakri yang membawa lagu 'Aura' diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik dengan wang tunai RM12,000 dan trofi.

Persembahan Terbaik dicaras oleh Aina Abdul (Puas Sudah) yang memperoleh wang tunai RM12,000 serta trofi.

Tahniah diucapkan buat semua pemenang.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: