Semua sedia maklum mengenai g0sip yang melanda pelakon Emma Maembong dimana dia didakwa sudah berkahwin lagi dengan seorang deejay kelab malam dikenali sebagai DJ Kidd.
Lebih menguatkan lagi dakwaan tersebut apabila DJ Kidd menerusi media sosial miliknya telah memuat naik beberapa perkongsian yang memaparkan aksi mesranya bersama Emma serta anak pelakon itu.
Bukan itu sahaja, malah kapsyen yang ditulis DJ Kidd turut menimbulkan tanda tanya mengenai hubungannya bersama Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail.
Enggan g0sip tersebut terus berterbangan, kakak kepada Emma iaitu Shikin Maembong tampil menafikan adiknya itu sudah berkahwin dengan DJ Kidd seperti yang didakwa.
Ujar Shikin atau Siti Nur 'Ashikin, berita yang tersebar itu adalah tidak benar dan dia sendiri tidak pasti didapati dari sumber mana.
Klik untuk gambar besar
"Kalau ada masalah dia akan kongsi terutamanya mengenai hari yang bahagia. Kalau hari bahagia mestilah dia akan sampaikan dekat keluarga dulu minta pendapat," jelasnya.
Dalam pada itu, isteri kepada Cat Farish ini berkata, Emma pasti akan meminta restu ibu bapa dan pastinya terlebih dahulu memaklumkan kepada abang mereka, Bakri.
"Jadi itulah, sebab bila dengar g0sip macam ini memang agak terkejut juga sebab memang tiada pun," tuturnya yang turut mengulas mengenai ayat DJ Kidd dimana dia menyebut Emma sebagai isterinya, Shikin tidak tahu perkara sebenar.
"Biasalah, orang kadang-kadang kawan pun, semua boleh cakap begitu tapi buktinya di mana? Kadang-kadang orang berkawan. Tak tahulah dia jangka macam mana tapi macam manapun rasanya untuk kata bukti, tak ada.
"Semestinya saya akan tanya dia apabila ada perkara begini. Dia kata memang tak betul, memang tak ada, hanya g0sip sahaja. Pada awalnya berita yang macam sebelum ini, memang kita tahu dia berkawan," katanya.
Tambahnya lagi, pada masa ini, dia tidak mendengar berita Emma berkawan atau menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki.
"Jadi persiapan (kahwin) atau apa memang tak ada. Bila dah ada dan dia bawa jumpa keluarga barulah saya boleh sahkan. Semestinya saya tengok gambar dan video yang tersebar.
"Buka sahaja Instagram akan keluar. Tapi apa yang saya boleh cakap sekarang, agak terkejut juga. Mungkin itu video-video lama masa mereka berkawan. Tapi sekarang ini tak ada dengar pula dia berkawan atau tidak.
"Memang terkejut. Tapi tak tahulah pihak sana apa tujuannya, tapi sebenarnya sekarang nampak Emma sibuk dengan sh00ting. Tak ada pula dating dan sebagainya. Tak ada pun," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment