"Saya nak jual meja ini sebab dekat atas meja inilah saya dan Ayu letak baby Raees untuk buat CPR sementara tunggu ambulans sampai.
"Selagi ada meja ini saya akan sentiasa teringat saat-saat g£tir ketika cuba sedaya upaya untuk selamatkan baby Raees.
"Jika ada yang berminat boleh mesej saya," kata bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha dimana dia masih lagi terbayang momen akhir sebelum anak bongsunya iaitu Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees pergi buat selamanya.
Kongsi Zaquan atau nama penuhnya, Mohamad Zaquan Adha Abd Razak, 38, ketika kejadian tersebut, dia bertind@k melakukan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) di atas meja snooker selepas anak lelakinya itu tidak sedarkan diri.
Klik untuk gambar besar
Zaquan menerusi hantaran lain turut memuat naik foto pakaian terakhir Allahyarham anaknya yang ketika itu berusia enam bulan sebelum menghembuskan nafas terakhir semasa sedang tidur pada 11 Februari lalu.
Selain itu, suami kepada pelakon Ayu Raudhah ini juga menganggap percutian bersama keluarga besarnya di Genting Highlands, Pahang sebelum ini sebagai kenangan bermakna buat dirinya.
"Bila fikir balik, Allah bagi kami peluang sekeluarga pergi bercuti bersama dengan Raees sebelum dia pergi selamanya meninggalkan kami," luahnya.
Untuk makluman, Zaquan dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann, 12, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan Allahyarham Muhammad Aisy Al Raees.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment