25 February 2025

ERRA FAZIRA HARAP PERKAHWINAN KETIGA ADALAH YANG TERAKHIR



"Siapa sahaja melangkah kaki ke alam rumah tangga, pasti ada impian mahukan inilah (perkahwinan) yang terakhir, terbahagia dan segalanya indah. Begitu juga dengan saya.

"Andai saya melangkah sekali lagi ke gerbang perkahwinan, jumpa pasangan yang tepat. Biarlah ini yang terindah dan membawa hingga ke akhir hayat, itu impian saya.

"Kalau dia (pasangan) pun sama macam saya nak belajar 'landing', mari kita buat sama-sama. Biarlah sasaran hidup kita sama iaitu mahukan 'landing p£riod' (pengakhiran). Bukannya mencari pasangan yang masih mengejar dunia sangat.

Klik untuk gambar besar

"Kalau boleh kita nak 'landing' yang sama, saya pun masih belajar. Saya tidak mengharapkan pasangan yang ada ilmu hebat, tidak. Penanda aras untuk lelaki itu cukup sekadar sederhana tetapi mendamaikan."

Itulah ujar pelakon Erra Fazira dimana dia berharap perkahwinan yang akan datang adalah yang terakhir buatnya, jika dipertemukan dengan pasangan hidup yang tepat.

Menurut Erra, siapa saja yang mendirikan rumah tangga pasti impikan ianya kekal hingga ke akhir hayat, sama juga sepertinya, namun dia percaya dengan aturan Allah.
Erra menerusi satu p0dcast, juga mengharapkan dipertemukan dengan pasangan hidup yang mempunyai sasaran sama dan mencari seseorang yang sederhana namun mendamaikan.

Terdahulu, Erra mengaku sedang mengenali seseorang iaitu Mr E, namun meminta agar semua pihak memberi ruang kepadanya.

Sementara bagi Mr E pula, dia tidak menafikan yang dia dan Erra kini sedang dalam fasa mengenali hati budi, namun hubungan mereka tidak lebih sekadar berkawan baik.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: