27 February 2025

FATTAH AMIN AKUI RASA SAYU, RUTIN RAMADAN KALI INI BERBEZA



"Rasa sayu dan berbeza. Betul, memang akan berbezalah. Sebagai manusia biasa, walaupun kita lelaki, tetapi ada masanya kita akan tetap terbuai dengan perasaan itu.

"Tetapi saya perlu kuat dan apa yang terjadi sebelum ini sudah ditakdirkan. Sebagai orang Islam, harus percaya pada qada dan qadar, sampai masa sudah tertulis jodoh, rezeki dan ajal. Harus muhasabah diri dan terima dengan hati yang terbuka."

Demikian tutur pelakon Fattah Amin dimana akuinya, bulan puasa kali ini berbeza apabila rasa kehilangan serta sayu selepas bercerai empat bulan lalu, kerana tiada lagi isteri yang akan kejutnya untuk bersahur, namun dia perlu kuat untuk terima apa yang ditakdirkan.

Bagaimanapun, Fattah berasa bersyukur kerana masih mempunyai keluarga untuk menyambut Ramadan bersama serta akan memastikan dia dapat menyambut dan mendidik anak perempuannya, Nur Fatima Aisya mengenai Ramadan.

Klik untuk gambar besar

"Sebagai bapa saya akan berusaha untuk bersama-sama menyambut Ramadan bersama Fatima kalau diberi peluang dalam jadual ditetapkan (hak pengiliran jagaan anak).

"Walaupun Fatima masih kecil dan tidak berpuasa, memang saya mahu ada masa untuk berbuka dengan keluarga saya serta meraikan anak. Dia masih kecil tetapi berhak tahu tentang Ramadan.

"Sebagai ibu bapa kita harus fahamkan erti Ramadan kepadanya secara perlahan-lahan," ujarnya yang sah bercerai dengan pelakon dan usahawan, Nur Fazura pada 7 Oktober tahun lalu selepas mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: