"Saya kalau boleh tak nak menjual cerita peribadi yang tiada manfaat buat orang ramai. Namun, saya faham kerja media yang perlu melaporkan berita yang dirasakan mempunyai potensi untuk pembaca."
Itulah ujar pelakon Fattah Amin dimana dia tidak berniat menjaja kisah peribadi semata-mata bagi menarik perhatian umum terutama membabitkan kisah yang tidak penting.
Kata Fattah, sebagai selebriti dia tidak mampu mengawal setiap berita yang dilaporkan sehingga menjadi tular di internet, namun dia berharap, cerita yang dis£barkan dapat menjadi iktibar kepada semua.
Klik untuk gambar besar
"Saya harap perhatian yang diberi itu kalau boleh dari sudut yang p0sitif. Contohnya perkara itu boleh dijadikan iktibar buat semua. Saya sebolehnya tidak mahu tular dengan benda yang meng@rut," tuturnya.
Dalam pada itu, Fattah berkata, dia menerima dengan hati terbuka setiap perhatian yang diberikan dan menganggap ia harga yang perlu dibayar sebagai artis.
"Saya rasa itu harga yang perlu dibayar apabila jadi seorang artis. Saya sedar apa sahaja yang dibuat akan ada orang beri perhatian," kata bapa kepada seorang cahaya mata itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment