16 February 2025

ISTERI SELAMAT BERSALIN - HAFIDZ ROSHDI TIMANG BABY BARU



"Alhamdulillah, dilahirkan pada 13 Februari 2025, 7.35 malam," itulah tulis pelakon Hafidz Roshdi dimana dia memaklumkan isterinya iaitu Athira Yuhada selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.
Hafidz atau nama penuhnya Muhammad Hafidz Roshdi, 31, telah berkongsi berita gembira itu menerusi media sosial dengan memuat naik foto bersama isteri dan bayi mereka yang dilahirkan pada Khamis lalu di sebuah hospital di Shah Alam, Selangor.

Dalam perkongsian tersebut, Hafidz yang tidak pernah berkongsi berita kehamilan Athira apabila ditanya media itu memilih untuk tidak berkongsi jantina bayi mereka buat masa ini.

Untuk makluman, Hafidz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, namun bercerai pada 27 Julai 2023.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 8, dan, Umarr, 5 tahun.

Hafidz kemudiannya menamatkan zaman dudanya dengan Athira pada 15 Disember 2023.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: