20 February 2025

ISU AMEERA KHAN - NEELOFA JELAS DIA DAH BERI NASIHAT, MOHON JANGAN KEC4M : "SEKALIPUN KAMU SUKA ATAU TIDAK SUKA, TOLONG SELITKAN DOA YANG BAIK"



"Saya tidak boleh berkongsi dengan orang luar apa yang saya lakukan. Cuma sebagai kakak, saya sudah melakukan bahagian saya dan tahu apa yang sesuai untuk dilakukan terhadap adik saya.

"Pada masa sama, saya mahu minta semua, jangan mengec@m atau tulis yang buruk-buruk. Sekalipun kamu suka atau tidak suka, tolong selitkan doa yang baik.

"Susunan takdir Allah dan segala perancangan boleh diubah menjadi sesuatu yang baik dengan doa yang baik. Sudah tentu saya nak yang terbaik untuk adik-adik dan kakak saya."

Demikian jelas selebriti popular, Noor Neelofa dimana dia memohon orang luar untuk berhenti mengec@m adiknya, Ameera Khan dan pelakon kontr0versi Indonesia, Jefri Nichol yang kini sedang hangat menyulam asm@ra.

Klik untuk gambar besar

Ini berikutan terdapat pihak yang kurang senang dengan kemesraan yang dipamerkan Ameera dan kekasihnya itu di media sosial, selain kisah peribadi Jefri yang penuh dengan cerita pan@s.

Walaupun kisah percintaan adiknya terus menjadi topik hangat netizen, Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 36, berkata, dia tidak terg@nggu dengan segala kec@man yang dilemparkan.

"Alhamdulillah tak mengg@nggu saya langsung. Namun tak bermakna saya tak peduli apa yang orang tegur dan nasihat. Kita ambil cakna dan benda itu saya rasa tak patut kita kongsikan kepada khalayak mengenai apa yang kami buat atau bincangkan.
"Saya rasa tak perlu untuk saya beritahu. Cukup sekadar perkara ini diketahui oleh adik-beradik, ibu dan ayah saja," ujar Neelofa yang turut memberitahu, keluarganya juga mempunyai cara tersendiri dalam menyelesaikan segala isu yang berlaku dengan berhemah dan beradab.

"Kami ada cara tersendiri. Mungkin keluarga dan adik-beradik lain ada cara tersendiri untuk saling menasihati. Kami pun ada cara kami tersendiri. Walaupun di mata orang belum cukup bagus, Tapi Insya-Allah kita tahu apa yang terbaik untuk dia," tuturnya.

Baru-baru ini, Ameera telah menjadi tumpuan apabila dilihat duduk di riba Jefri sambil berpelukan mesra dalam satu hantaran terbaharu di media sosial.
Lebih meng£jutkan, aksi spontan Jefri yang mengucup pipi Ameera sambil merangkul erat dalam pelukannya itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Sebelum ini, Jefri pernah berdepan kec@man selepas membuat pendedahan pernah meniduri lebih 20 wanita, selain berlaku curang terhadap pasangannya serta makan daging b*bi.

Difahamkan, Ameera dan Jefri dilapor pernah menyulam cinta, namun hubungan mereka dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021 selepas wanita itu tidak lagi mengikuti Jefri di Instagram.

Namun, pada penghujung Mac tahun lalu, percintaan mereka dikhabarkan kembali bertaut selepas pelakon itu menghubungi Ameera menerusi panggilan video.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: