"Ada sikit merajuk, tapi tidaklah keterlaluan. Saya manusia biasa, rasa macam apa sahaja yang dibuat untuk AJL dengan memberikan persembahan berkualiti tidak dipandang kerana mereka tidak melihat kepada kualiti.
"Saya bercakap bagi pihak saya, bukan orang lain. Saya sedikit berkecil hati bagaimana netizen melayan saya dengan cara ini. Sebab saya hanya ada satu matlamat sahaja.
"Saya mahu jujur dalam karya dan itu yang saya persembahkan. Bukan saya menunjuk atau 'show off'," jelas penyanyi Aina Abdul dimana dia mengakui tergur1s hati dengan kec@man netizen susulan persembahan pada malam Anugerah Juara Lagu Ke-39 (AJL 39), baru-baru ini.
Ujar Aina, dia merasakan netizen seperti tidak menghargai kualiti persembahan yang dilakukannya menerusi lagu 'Puas Sudah' di AJL, selain dia tidak boleh lari daripada t£mpias neg@tif yang tak henti-henti dil£mparkan kepadanya serta perlu kekal p0sitif.
"Ment@l saya, Alhamdulillah. Saya dapat hadapi semua ini dengan tenang. Sejujurnya, saya tidak keluar rumah selepas AJL 39. Bukan saya lemah, tapi lebih baik luangkan masa bersama kucing-kucing saya.
"Itu lebih penting daripada saya nak membaca komen neg@tif. Sebab benda neg@tif ini akan sampai tenaganya walaupun saya cuba elak, ia tetap ada yang datang melaporkan kepada saya.
"Namun, saya faham, semua orang bebas untuk bercakap. Saya mahu kekal 'grounded' dan buat kerja saya. Saya ada banyak benda nak buat dan saya beri lebih masa kepada benda neg@tif, saya t@kut merajuk sampai bila-bila," tuturnya.
Sebelum ini, Aina dikec@m hebat termasuk bul1 sib£r dan 'face sh@ming' selepas persembahan di AJL39. Bukan itu sahaja, malah ada yang bersorak gembira apabila dia gag@l membawa pulang hadiah utama di AJL39.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment