17 February 2025

"KORANG JANGAN 'PAT4H HATI' - MIMI LANA JELAS DIA & SYAFIQ KYLE BERKAHWIN SEBAB MAHU PUASA BERSAMA



"Sebenarnya saya dah Syafiq ambil keputusan nak kahwin ini pun sebab mahu puasa bersama. Korang jangan 'pat@h hati', ada lagi seorang seperti Syafiq Kyle iaitu Syazwan Razak. Syafiq sudah saya punya."
Itulah jelas pelakon Mimi Lana dimana dia memberitahu sal@h satu sebab dia dan pelakon Syafiq Kyle membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga kerana menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan bersama.

Mimi menjelaskan perkara itu menerusi sesi siaran langsung semalam, dalam masa sama turut meminta peminat suami tidak kec£wa atas perkahwinan mereka kerana ada lagi seorang 'Syafiq' iaitu adik iparnya, Syazwan Razak.

Pada Jumaat lalu, pasangan selebriti ini akhirnya selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di kampung halaman Mimi di Taiping, Perak dan ia sekaligus membuatkan peminat gembira.

Bagaimanapun, ramai peminat wanita berselor0h mengatakan mereka 'patah hati' apabila Syafiq sudah pun mendirikan rumah tangga.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: