28 February 2025

MENGAKU TAK BERSAL4H - ALONG CHAM AKAN LAW4N K£S, TAK AKAN MENGAL4H



"Saya akan memberikan kerjasama yang penuh, Insya-Allah," kata pelakon dan pelawak, Along Cham, 42, dimana dia tidak akan mengal@h dan akan melaw@n k£s yang dihadapinya dengan memberikan kerjasama yang sebaiknya walaupun akan melalui perbicaraan yang panjang.
Di Mahkamah Majistret Sepang di sini, hari ini, Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, tetap dengan keputusan mengaku tidak bersal@h atas kesal@han memiliki dad@h jenis kan@bis yang ditemui di kediamannya di Cyberjaya, Disember tahun lalu.

Mahkamah kemudiannya menetapkan sebutan semula dan serahan dokumen k£s Along membabitkan tiga pertuduhan memiliki dad@h pada 7 April depan.

Majistret, Muhammad Bukhori Md Ruslan menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan laporan kimia berhubung kes berkenaan sudah diperoleh.

Along diwakili peguam, Syed Yusof Syed Zaid, manakala pendakwaan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Sutri Patang.

Pada prosiding itu, Along yang kelihatan tenang ketika hadir ditemani ibunya, Siti Habsah Kadir, 64, kekal dengan pengakuan tidak bersal@h atas pertuduhan memiliki 1.49 gram dad@h jenis kan@bis.

Pada 14 Disember tahun lalu, Along didakwa memilki dad@h di kediamannya di Cyberjaya di sini pada pukul 3.10 petang.

Bagi kesal@han itu, Along didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dad@h Berbah@ya (ADB) 1952 yang membawa hukvman d£nda tidak lebih RM20,000 atau penj@ra maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Pada 27 Januari lalu, Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan Along atas satu pertuduhan memiliki dad@h jenis kan@bis pada Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, Along kemudiannya dituduh di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan masing-masing memiliki dan memasukkan dad@h.

Di Mahkamah Majistret ketika itu, Along berdepan pertuduhan memiliki kan@bis seberat 49.61 gram dan mengambil dad@h t£tra hydr0c@nnib0l (THC) pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Sebelum ini, Along yang mempunyai seorang anak itu didakwa atas tuduhan memiliki dad@h seberat 58.23 gram.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: