Baru-baru ini, Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang berlangsung pada malam Ahad lalu telah menjadi perd£batan hangat dalam kalangan masyarakat berhubung isu tetamu lelaki berpakaian menyerupai wanita semasa menghadiri acara berprestij itu.
Penampilan terbabit membuatkan ramai yang meluahkan rasa kurang senang dan tidak bersetuju kerana ia dilihat bertentangan dengan agama serta budaya tempatan dan susulan itu, ada yang meletakkan kesal@han tersebut kepada stesen penyiaran TV3 yang menjadi tuan rumah acara berkenaan.
Berhubung isu tersebut, TV3 tampil menjelaskan stesen berkenaan mematuhi garis panduan ditetapkan dan tidak membenarkan mana-mana penonton yang hadir mengenakan pakaian bertentangan jantina.
TV3 akui k£sal dengan kejadian yang berlaku, selain berkata, pihaknya mengambil maklum setiap pandangan orang ramai mengenai isu berkenaan.
Klik untuk gambar besar
"Sebagai saluran penyiaran yang bertanggungjawab, TV3 sentiasa komited untuk mematuhi undang-undang dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, termasuk apa yang telah digariskan oleh kerajaan.
"TV3 ingin men£gaskan bahawa pakaian menyerupai wanita oleh tetamu tersebut tidak pernah dibenarkan dan tidak selari dengan norma dan nilai-nilai yang dijunjung oleh masyarakat Malaysia serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.
"Kami amat menghargai pandangan dan kebimbangan masyarakat dan TV3 akan mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang pada masa akan datang.
"Kami mengambil maklum bahawa insid£n ini telah menimbulkan ker£sahan dalam kalangan masyarakat, dan memohon maaf atas kejadian tersebut," ujar stesen berkenaan.
Sebelum ini, isu berkenaan turut mendapat perhatian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang akan memanggil pihak berkaitan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Malah, hal ini juga telah dipanjangkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang bertanggungjawab mengawal selia industri di negara ini berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment