25 February 2025

NORA DANISH SEDEKAH PAKAIAN LAMA & SEKSI PADA RAKAN BUKAN ISLAM



"Semua pakaian saya dari era berpakaian seksi diberikan kepada rakan-rakan bukan Islam.
"Saya tidak boleh menjualnya kerana dikhuatiri akan menanggung dosa mereka yang memakainya. Semua pakaian itu sudah lama saya berikan dan tidak lagi menyimpannya," demikian kata pelakon Nora Danish, 42.

Antaranya ialah pakaian miliknya yang mendedahkan aurat. Bagaimanapun, tidak menjual pakaian itu dan memberinya secara percuma sahaja..

Selain itu, dia kini dalam proses memadam gambar-gambar yang kurang sopan di Instagram.

Klik untuk gambar besar
"Saya sebenarnya perlu memadam semua gambar yang tidak menutup aurat di Instagram, tetapi ia mengambil masa kerana jumlahnya sekitar 26,000 gambar.

"Setakat ini, saya sudah memadam beberapa ribu gambar, tetapi masih banyak lagi yang perlu diteliti satu-persatu. Bila melihat kembali gambar-gambar lama, saya terfikir, 'apalah yang aku buat dulu'.

"Namun, ini adalah sebahagian daripada perjalanan hidup. Jika saya tidak melalui fasa-fasa itu, mungkin saya tidak akan merasai penyesalan seperti sekarang," ujarnya dipetik sebagai berkata.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: