18 February 2025

PEJAM CELIK - ANAK ADAM CORRIE, FATEH KINI SUDAH DARJAH SATU



"Hero abah, Adam Fateh Lee sudah pergi sekolah darjah 1 hari ni. Semoga belajar rajin-rajin, hormat guru dan jaga adab serta jaga diri."

Itulah tulis pelakon, pereka tari dan penari profesional, Adam Corrie, 56, mengenai anak lelakinya, Adam Fateh Lee yang kini sudah memasuki darjah satu tahun ini.

Dalam perkongsian itu, Adam atau nama penuhnya, Adam Corrie Lee Abdullah, turut menyertakan kata-kata yang sering digunakannnya, 'Senyum selalu, Selalu bersangka baik, InsyaAllah hati tenang'.

Klik untuk gambar besar

Untuk makluman, Adam memeluk agama Islam pada tahun 2007 dan berkahwin dengan Fazema Mohd Fuad setahun kemudian iaitu pada 2018.

Selepas 10 tahun menanti dengan penuh sabar, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Adam Fateh Lee.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: