19 February 2025

PENGACARA AJL39 DIPUJI - KARL SHAFEK KATA TIADA 'LAWAK B0DOH', AZNIL HARAP NAZ & SISSY KEKAL, FAIZAL ISMAIL ANGGAP 'CIRCLE' BAHARU



"Dah lama kita sumb@t 0tak penonton dengan lawak b0doh nak k£nakan orang itu dan orang ini dalam event grand begini. AJL39 kali ni paling best dari segi penyampaian dan informasi. Good job! Classy.".

Itulah kata selebriti dan pengacara, Karl Shafek dimana dia memuji pihak produksi kerana memilih Naz Rahman dan Sissy Iman untuk acara berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke-39.

Perkongsian Karl itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapatnya itu serta menyifatkan gandingan Naz dan Sissy itu dilihat profesional dan tidak hambar.

Setiap tahun, pasti ada saja krit1kan mengenai acara berprestij itu termasuk pengacara yang mengendalikannya dan tahun ini, Naz Rahman dan Sissy Iman pula dipilih sebagai pengacara.

Klik untuk gambar besar

Namun pada mulanya gandingan mereka telah menerima pelbagai krit1kan, sebelum ia menerima pujian ramai yang mengatakan mereka berdua sebagai penyampai berinformasi serta memberi nafas baharu untuk acara berprestij itu.

Sementara itu, pengacara Datuk Aznil Haji Nawawi atau mesra disapa Pak Nil, berkata, sebagai seorang yang berpengalaman, dia juga memuji Naz dan Sissy, selain menganggap sudah tiba masanya perubahan sedemikian dilakukan.

"Saya rasa hala tuju pengacaraan kita dah boleh beralih semula kepada pengacaraan berilmu dan tidak spontan semata-mata. Mungkin juga penonton sudah puas menonton pengacaraan santai, lawak dan bebas skrip. Kini mereka memerlukan udara baharu dalam tontonan mereka," kata Aznil.
Ujar Aznil, meskipun dia tidak sempat menonton AJL39 kerana sedang mengerjakan ibadah umrah, bagaimanapun berharap gandingan Naz dan Sissy perlu dikekalkan.

Baginya yang sebelum ini pernah diberi tanggungjawab mengendalikan AJL8 dan AJL18 sebagai pengacara itu, keserasian juga menjadi faktor utama yang mampu menghidupkan program yang bersiaran secara langsung seperti AJL.

"Rasanya dah boleh kekalkan mereka ini kerana nak mencari pengacara yang serasi bekerja bersama memang suk@r. Bila keserasian dah ada, berikan lebih banyak peluang tugas pengacaraan, mereka akan jadi lebih baik," tuturnya.
Disamping itu, seorang lagi bekas pengacara AJL iaitu Faizal Ismail juga berpendapat seorang pengacara harus mengambil tanggungjawab penuh untuk mendalami isi kandungan setiap acara agar lebih bermanfaat.

"Saya anggap ini sebagai satu 'cycle' baru. Dah tiba masanya kita melihat gandingan seperti ini. Saya rasa hala tuju pengacaraan kita dah boleh beralih semula kepada pengacaraan berilmu dan tidak spontan semata-mata.

"Orang sudah tidak mahu lagi pengacara yang sekadar memberi punch line. Sebagai pengacara kita perlu faham betul-betul sesebuah program. Kalau tak dalami lebih baik tidak ambil tanggungjawab itu," ulasnya.
Dalam pada itu, Faizal turut berkongsi pengalamannya mengacara AJL sebelum ini, dimana dia juga tidak menafikan unsur jenaka perlu diselitkan sebagai satu hiburan.

Namun katanya, ia tidak sepatutnya dilakukan secara berlebihan kerana tugas sebagai pengacara adalah penting dalam sesebuah program.

"Artis buat persembahan mungkin hanya tiga minit, tapi pengacara kena kendalikan sepanjang program. Ketika saya dahulu pun ada unsur jenaka usik-mengusik, namun tidak perlu keterlaluan," jelas Faizal yang berpengalaman enam kali mengendalikan pentas AJL22 hingga AJL27.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: